Wednesday, October 28, 2015

Cerita menarik tentang fakulti Pengurusan Perhotelan!

(Bahasa Malaysia) Diploma Pengurusan Perhotelan ialah sebuah bidang yang sangat menarik untuk dipelajari dan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dan luas, khususnya di Sabah yang menjadi tumpuan utama pelancong dari seluruh dunia, disinilah hotel dan resort banyak digunakan bagi menyediakan tempat rehat dan bersantai kepada para pelancong.

Ok, berbalik bidang pengurusan perhotelan, saya sebenarnya juga merupakan seorang pelajar fakulti Pengurusan Perhotelan di sebuah kolej di Kota Kinabalu dan saya sedang menghabiskan semester ke-2 saya di kolej ini. Pada awalnya saya tidak tertarik ke bidang ini tetapi selepas diberikan dorongan oleh ibu saya dan juga peluang pekerjaan yang bakal diperolehi selepas tamat pengajian, membuatkan saya ingin mendalami bidang ini lebih lagi. Ternyata selepas beberapa bulan mempelajarinya, ia merupakan bidang yang sangat seronok dan santai untuk dipelajari(tidak terlalu rumit seperti sangkaan saya pada awalnya). Bidang ini memerlukan tahap komunikasi dan penguasaan bahasa yang tinggi.

Sekarang saya akan menceritakan bulan dan semester pertama saya berada di kolej ini, iatu pada bulan Mac tahun ini. Dalam semester pertama kami diajar 4 subjek asas dalam bidang pengurusan perhotelan, iatu Introduction to food service sanitation, Introduction to hospitality, Introduction to information technology dan Business english. Subjek food service sanitation, subjek ini merangkumi proses-proses penyediaan makanan, kebersihan makanan, kebersihan diri semasa menyediakan makanan dan pencemaran makanan, secara keseluruhannya subjek ini mudah dan senang untuk difahami. Subjek intro to hospitality, dalam subjek ini anda akan diajar tentang hotel, organisasi dalam hotel, kegunaan hotel, jenis-jenis hotel yang ada, dan sebagainya. Subjek information technology, dalam subjek ini perkara paling penting untuk ada tahu adalah penggunaan komputer, kerana hampir 90% subjek ini memerlukan anda menggunakan komputer. Dalam subjek ini anda akan diajar tentang, fungsi komputer dan cara-cara menggunakan komputer. Akhir sekali subjek business english dalam subjek akhir ini anda akan diajar tentang cara-cara berkomunikasi dengan dalam bahasa inggeris, selain itu anda juga akan diajar tentang cara menulis surat, laporan, resume kerja, memorandum dengan di betul, di akhir pengajaran subjek anda akan diminta untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan spontan selama 30 minit tanpa menggunakan sebarang kertas mahupun rujukan dan subjek ini bagi saya merupakan subjek yang paling sukar diantara keempat subjek tadi.

Ok, sekarang kita akan beralih pula ke semester 2